Bola Jaring piala KPD SPU ☘

Berdiri dari kiri: Me, Shabila, Kak Zaida, Mus
Duduk dari kiri: Kak Aniza, Kak Asma, Kak fiza
* Yes, cukup-cukup makan 7 orang. Tak ada simpanan 

Eh jangan terkejut, geng mak enon i ni semua pun terlibat tau!

Main-main jugak, makan tu penting! Teehehehe





Hi Assalamualaikum . . . . .
Syukur Alhamdulillah panjang umur dan masih diberi peluang untuk bernafas didunia ini dan masih mampu menaip untuk berkongsi cerita dengan anda semua J
Post kali ni takla menarik mana pun. Just for sharing! Actually, 2 3 hari lepas saya dan beberapa kawan and senior baru je selesai perlawanan Bola Jaring di peringkat Ipd Spu yang berlangsung pada 27 April di Dewan Komuniti Pinang Tunggal Pulau Pinang.
Menang? Menang kepenatan ada la. Selebihnya menjerumus kepada kekalahan, hahaha! Tapi okayla sebab memang NO TRAINING okay? (kalau training pun power ke?)
Tak berapa nak ingat tapi rasanya kali terakhir terlibat dengan Bola Jaring masa form 5 kot. MSSD Langkawi. Rasanya lah! Lama sangat dah pun nak ingat kan? Hihihi!
Actually dalam banyak-banyak sukan, rasanya paling lemah paling tak suka dan paling kurang dengan Bola jaring la. Sebab terlampau banyak langkah kaki nak dijaga. Oh rimasss!
Tapi, dek kerana terpaksa, dipaksa dan memaksa, daku relakan! Blerghhh! But okayla sebab memang dah lama tak bersukan pun. Sebab tu lemak bukan main bergembira membiak dekat tubuh ‘sasa’ aku ni. Kesah?
Walaupun kalah tak kesah dan tak peduli. Sebab dari awal memang niat nak enjoy game je. Tak berharap walau sekecil kuman, acewahhh!
Special thanks to my team, Kak Aniza, Kak Asma, Kak Zaida, Kak Fiza, Mus and Shabila! You guys did a good game okay! Proud of my team (eh dah macam dapat wakil Malaysia pulak) hihihi. Walaupun kalah, semangat and pengalaman yang penting! Sebab selama bekerja sekali hampir dua tahun tak pernah tau kakak-kakak semua pandai bersukan sebab semua ayu comel belaka!
Don’t worry, next year kita cuba lagi walaupun tau akan ada perasaan rela paksa lagi, hahaha!
Okayla awak semua, nothing much from me. Gatal tangan nak menaip sebenarnya kot. Haa, atas tu saya belanja gambar-gambar masa pertandingan haritu. Please jangan hina! Muka semak samun, selekeh semula jadi sejak azali! Syukur! Hahaha.
Thanks for reading guys, panjang umur jumpa lagi! InsyaAllah, Good Bye and Assalamualaikum J