First Hello ❀


Hi Assalamualaikum . . . . .
Ish lamanya tak mengarang panjang lebar gini. Kalau dulu wajib hari-hari buka blogsite. Ada je benda nak diceritanya, sehari kalau tak tengok blogsite walaupun tak update tak lengkap rasa hidup ni tau. Eh kononnn!
Please don’t ask me why? But seriously, rindunya nak berblog. Dan oleh kerana itulah bukan main gatal tangan ni sign up new account for myself! Yeayyyy
So lepas ni wajib la merajinkan diri buka laptop mengadap 2 3 jam sebab update segala cerita (unpersonally) dan harapnya bukan hangat-hangat taik ayam la yer Noraliza. Nanti baru dua tiga kali menaip dah bosan. Almaklumlah, kat tempat kerja mengadap benda ni. Kat rumah pun sama? Well, minat dan hobi. Siapa peduli?
Bila dah lama tak mengarang ni mula la mati akal, kekok jari nak menaip. Ish tadi bukan main panjang kepala otak ni memikir. Sekarang? Sepiii ~
Eh kenapa lupa adab ni Noraliza! Mana tatacara ajaran ibubapamu haaaa? Cuba la perkenalkan diri dulu. Kau fikir kau hot semua orang nak kenal? Semua orang tau sekali buka blogsite kau? Oh please laaaa, Zzzzz!
Okay fine, let me introduce  myself ye. Nama saya Noraliza Binti Ahmad. So you can call me Liza or whatever as long as it’ll be nice. Umur? Guess what? Zzzzz! Twenty plus plus hahahahaha! Eh skema bukan main kan? Okay la tu, kalau aku buat biodata baru tau. Tolong belajar bersyukur ye J
Anak kelahiran Perak dan telah berpindah randah kemerata negeri dek kerana kerjaya seorang bapa. Acewah! Kemain kau haaaaa. Tapi sekarang menetap di Pulau Pinang dek kerana kerjaya jugak Zzzzz! Kampung? Entahla. Susah nak explain! Kampung Abah Pulau Pinang, Mak pulak Perak. Tapi dua-dua menetap dekat Langkawi? Ate macam mana? Hahahahahaha!
Eh sudahla. Bukan main panjang lagi nak menaip kan? Gila keyboard? Kikiki!
Rasanya sampai sini je kot for my first entry yang tak seberapa dan sangat banyak kurangnya. Maafkanlah ye. Kepada yang sudi membaca terima kasih dan kepada yang membaca sambil mengherdik pun terima kasih jugak (awak tak dijemput kesini pun) lalalalalala ~
InsyaAllah panjang umur jumpa lagi! Good bye and Assalamualaikum :)