Cerita tiga hari 😝

Hi Assalamualaikum . . . . .
Eh lama pulak tak menaip kan? Busynya dua tiga harini. Cuti pun dah tak macam cuti. Hari pekerja cun dah tak kerja tapi banyak pulak kerja yang bukan berkaitan dengan kerja. How sad 😟
Actually tak menarik mana pun cerita ni. Saja nak mengisi masa yang terluang ni. And nak juga hidupkan blogsite ni 😀
Kalau diikutkan 29hb april (jumaat) dah start free. Sebab office hours be like sabtu ahad off and isnin diberi cuti umum (hari pekerja). Dalam kepala ni memang tak fikir banyak dah. Memang nak lari balik Langkawi lepas habis kerja jam 5 tu. Tetapi apakan daya, remuk hati ni bila melihatkan harga tiket flight Penang – Langkawi. 1k plus okayyy 😕
Hellooo, bukan anak pak menteri kot yang boleh beli tiket macam beli air mineral RM1 tu. Erghhh 😠
Semua dek kerana adik derhaka aku la ni. Dah cakap please tunggu. Nak ikut balik. Dia nak jugak gerak dulu dengan kawan dia. So selfish!!!
Okay fine, redho! Memandangkan sabtu, ahad dan isnin hari bebas tiada kerja. Mula la memikir idea nak mencari projek mengisi masa lapang (lapang la sangat) 😒

30hb April / Sabtu

Okay bangun awal pagi. Mood cuti, feeling cuti tu dah tak ada. Memang dah terbiasa bangun awal kot. Kerja pagi macam ni la. Bila masuk hari cuti kau akan mula mati akal dek kebosanan. Nak lelap balik memang tak dapat la. Jangan bermimpi! 😃
Benda pertama aku cari? Ofcourse la my baby Cleo. Siapa lagi aku ada dalam rumah ni bila adik dah tinggal aku? 😦
Arghhh, tak penting! Hahaha (nampak sangat tak puas hatinya)
Pagi tu macam pelik jugak, kenapa Cleo diam je. Tak mengacau langsung. Even bunyi suara pun tak. Aku dah mula rasa pelik. Okay cari dia. Panggil menyahut. Muka muram je. Macam tak ada mood and malas nak layan. Dalam hati (alaaa kenapa pulak dia ni)

Sorry not in the mood - Cleo
Pujuk, ajak main pun tak berkesan. Still masam je dia. Guess what? Sekali aku check his body. Dalam telinga dia macam ada luka tau. Macam ada air bisa. Aku dah mula panik! Aku ambik kapas basahkan and lap telinga dia. Cuci semua luka tu! Aku takut kena jangkitan kuman and it’ll getting worst!
Masa aku lap telinga dia, tangan kaki dia memang dah bergerak-gerak tolak tangan aku. Mata dia dah mengalir airmata. Aku? Tunggu lagi? Dengan aku sekali emosi masa lap luka dalam telinga dia tu. Sedih hoi! Siapa tak sayang anak? (even bukan aku lahirkan dia) dah macam anak kot! Sayang hoiiii!
Bila aku dah panik semua orang aku ganggu. Especially him! Aku terus call dia mintak belikan ubat untuk jangkitan telingan for my baby cat. Dia pun jenis tak suka menangguh kerja ni. In 10 minutes later I got it! Syukur Alhamdulillah I have him in my life. Opsss! Lari tajuk. Berbalik kepada cerita asal. Dia belikan satu spray untuk telinga yang mengalami luka/jangkitan.


 Lepas je aku cuci telinga Cleo terus aku spray ubat tu dekat telinga dia. Makin mengalir airmata dia. Pedih agaknya. Sorry sayang, mmy terpaksa ☹ 


Tau dia sakit kita pujuk dia tidur dan bukan main 
But syukur Alhamdulillah. Lepas spray je ubat tu, luka semua dah makin kering cuma tinggal luka-luka kering je. Yeyyyyy! Cleo pun dah makin hyper balik. Wehooo 😺
Settled!

1hb Mei / Ahad

Harini dari bangun langsung tak menarik ceritanya. Bangun, baring, tengok fon, tengok tv, main dengan Cleo (syukur Cleo dah sihat and ceria, luka pun kering semuanya, tinggal nak salin kulit la kot), makan. Okay ulang balik semua tu sampai ke malam. Hahaha what a sad life 😝
Betul-betul tak berguna hidup harini. Tak menarik langsung! Hahaha
Okay dah malam. Dah bosan macam nak mati. Penat bergolek dari pagi ke malam. Okay kacau hidup Tunang aku yang sedang bekerja mencari rezeki. Hahaha. Dia je aku ada pun. Kesah?
Bila dah bosan sangat mula la aku fikir segala macam perkara yang aku boleh buat selain makan. Hihihi. Whatsapp punya whatsapp aku bagi dia hint. Aku send gambar movie (Captain America) yang aku screenshot dekat gsc.


Haa, tanpa perlu aku ajak. Dia terus on. Nak tengok malam ni jugak. Power tak skill aku? Kah! Tapi tunang aku pun spesis tak menyempat jugak. Tak padan habis kerja jam 12 malam. Bukan main suruh aku check tiket midnight. And aku spesis burung hantu ni, tak kesah pukul berapa pun. Aku on! Check punya check. Haaa cun punya. Nasib la captain america tu ada midnight jam 1255hrs. Yeayyy!


Rasanya dalam 3.20 pagi cerita tu habis. Betul-betul late night movie ni 😝



Kalau orang tanya aku best ke tak? Bagi aku best! Sebab? Captain america hensem!!! Perfect! Tak ada cacat celanya. And ni la sebab utama aku tak penah nak miss segala series of captain america, avengers. Asalkan ada captain america! Hahaha 😗


My Captain America 
Takla, cerita ni memang best. Lucu semua ada! Kalau ada yang tanya/ajak aku teman tengok. Yes I want!!! Why not? As long as I can see my captain america! Wehooo. Eh sudahla, jangan berangan. Dia bukan kenal kau pun. Sad life 😭
So awak-awak yang belum tengok cerita ni? tunggu lagi? Pergi!!!!!!!! Ini arahan. Lalalalalala. Eh sudahlah. Stop! Hahaha 😆

2hb Mei / Isnin

What a bad habit, bila hari cuti kau still bangun awal even kau tidur pukul 4 5 pagi because of the late night movie and now kau bangun and blur! Hahaha 😂
Tapi bagus jugak sebab harini plan nak pergi beli makan Cleo (stok untuk seminggu dua sepanjang aku dekat sabah) then nak pergi rumah kakak dekat Padang Serai and ambik karpet dekat dobi sana yang aku hantar last week. Okay nampak sangat pemalas! Hahaha. Kesah?
Macam biasa, aku terus ganggu tunang aku la (siapa lagi kalau bukan dia?) suruh dia siap sebab banyak benda aku nak buat harini. Dan seperti biasa, dia tak pernah menghampakan dan boleh diharap! Fuhhhhh.
Okay first destination, kedai kucing (e-pet) dekat Kepala Batas. Memang dari awal sampai sekarang kedai tu je fav aku sebab barang dia tak mahal macam kedai lain and peramah sangat! Dia pun dah kenal sangat aku ni sebab kalau pergi je kedai tu aku akan dukung si Cleo ni dah macam anak sebab aku jenis tak suka nak carry pet carrier tu. Menyusahkan! Dekat kedai tu aku hanya beli makanan basah for my baby Cleo.


1 kotak bersamaan 24 tin harganya RM74.90. See! Murah kan? Tempat lain 1 tin RM3.60 x 24 = RM86.40 okay! Tak ke jauh beza tu. So anyone yang berdekatan boleh la singgah kedai ni. Tak rugiii 😂
Okay settle bab beli barang Cleo terus gerak pergi Padang Serai. Then singgah makan dekat Cendol House Padang Serai. Selalunya pergi situ sebab nak makan mee kari. Okay sengaja gatal mulut pergi order laksa kan? Ha, mendapat! Sorry to say. TAK SEDAP LANGSUNG! Tak rasa macam laksa. How sad! Perut lapar tak makan dari pagi then dapat macam ni. Okay terima kasih Cendol House! 😡
Okay selesai makan terus pergi rumah kakak. Macam biasa. Kakak jamu macam-macam. Hilang terus rasa kecewa tadi. Hahaha! Lama jugak stay situ. Sempat jugak la main baling-baling bola, hahaha! Kononnya bersukan la kan 😏
Okay dah pukul 6 petang. Sebelum balik sempat pulak singgah kedai kucing (lupa nama) eiii jumpa kucing comel dekat sana! Cleo apa lagi, bukan main menggatal bila jumpa kucing betina kat situ. Kemain awak kan sayang mmy, ingat awak tu kitten lagi. No love allowed! Hahahaha. Bila dah singgah wajib la beli satu barang kan. Pencuci telinga!


Senang mmy nak bersih awak lepas ni kan! Hihihi
Okay settled! Jum balik rumah! Sampai rumah duduk kejap mengemas rumah dengan adik pulak. Cuci peti sejuk pulak. Acah rajin! Mana tak, nak tinggal anak teruna seminggu. Can you imagine that? Hahaha! Kemas punya kemas end up around jam 1 jugak. Siap bukan tidur tapi keluar tapau nasi goreng kampung telur mata. Mana tak gemuk? Okay salah adik! Dia yang ajak 😝
Fuh kenyang. Moh ler tidur. Esok kerja pagi lagi, kena bangun awal lagi. Sad life of mine! Hahaha. Okay guys, thanks for reading! Such a long bored stories. Rajinnya awak baca kan? Hahaha. Okay segala gambar yang terlibat diambil ikhlas by myself. Kikiki. Done!

Good night 💤
InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Good Bye and Assalamualaikum 😘

Sabah vs Cleo 🗻😽

Cleo kesayangan mmy 😻
Garry si gangster 😸

Hi Assalamualaikum . . .
Selamat pagi sabtu dan selamat beristirehat!
Bangun pagi tadi terus terfikir about my trip to Sabah. But the problem is my baby cat ‘Cleo’
I was thinking to drop him at parent’s house but kesian pulak because of my mother is not feeling well. Agak menyusahkan la kot. Tapi tu bukan masalah utama. Sebenarnya takut jikalau Cleo digodam oleh seekor kucing gangster yang berada kat rumah sana tu. Garry si gemuk! Hahaha!
Garry, you better watch out if doing something bad to my baby cat. I’ll kill you as cruel as I am! 👊
Susah hati sebenarnya. Rasa macam nak batalkan but tiket dah beli and cuti pun dah lulus sebenarnya 😂
Kenapa la AirAsia tak benarkan pet dibawa bersama? Ahhh! Stresssssssssss 😭
Kalau nak tinggal dekat rumah sendiri with my little brother rasa macam kesian sebab adik kerja shif and selalu tak ada dekat rumah. And Cleo jenis yang suka menunggu dekat tepi tingkap at 5pm (waktu aku balik kerja). Ahhhhh, how sad! 😢
Sabah vs Cleo is so hard to choose Zzzz! And I’m the one who dying inside 😵
Hmmmmmmmmm, I just feeling blergh right now! Tolong la tolong la!
Okay I’m done, fullstop! Let’s think about it later. Sini hanya luahan sementara kegusaran hati ini. Hahaha!
Thanks for reading and so sorry for my bad! InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Good Bye and Assalamualaikum 👯

Bola Jaring piala KPD SPU ☘

Berdiri dari kiri: Me, Shabila, Kak Zaida, Mus
Duduk dari kiri: Kak Aniza, Kak Asma, Kak fiza
* Yes, cukup-cukup makan 7 orang. Tak ada simpanan 

Eh jangan terkejut, geng mak enon i ni semua pun terlibat tau!

Main-main jugak, makan tu penting! Teehehehe





Hi Assalamualaikum . . . . .
Syukur Alhamdulillah panjang umur dan masih diberi peluang untuk bernafas didunia ini dan masih mampu menaip untuk berkongsi cerita dengan anda semua J
Post kali ni takla menarik mana pun. Just for sharing! Actually, 2 3 hari lepas saya dan beberapa kawan and senior baru je selesai perlawanan Bola Jaring di peringkat Ipd Spu yang berlangsung pada 27 April di Dewan Komuniti Pinang Tunggal Pulau Pinang.
Menang? Menang kepenatan ada la. Selebihnya menjerumus kepada kekalahan, hahaha! Tapi okayla sebab memang NO TRAINING okay? (kalau training pun power ke?)
Tak berapa nak ingat tapi rasanya kali terakhir terlibat dengan Bola Jaring masa form 5 kot. MSSD Langkawi. Rasanya lah! Lama sangat dah pun nak ingat kan? Hihihi!
Actually dalam banyak-banyak sukan, rasanya paling lemah paling tak suka dan paling kurang dengan Bola jaring la. Sebab terlampau banyak langkah kaki nak dijaga. Oh rimasss!
Tapi, dek kerana terpaksa, dipaksa dan memaksa, daku relakan! Blerghhh! But okayla sebab memang dah lama tak bersukan pun. Sebab tu lemak bukan main bergembira membiak dekat tubuh ‘sasa’ aku ni. Kesah?
Walaupun kalah tak kesah dan tak peduli. Sebab dari awal memang niat nak enjoy game je. Tak berharap walau sekecil kuman, acewahhh!
Special thanks to my team, Kak Aniza, Kak Asma, Kak Zaida, Kak Fiza, Mus and Shabila! You guys did a good game okay! Proud of my team (eh dah macam dapat wakil Malaysia pulak) hihihi. Walaupun kalah, semangat and pengalaman yang penting! Sebab selama bekerja sekali hampir dua tahun tak pernah tau kakak-kakak semua pandai bersukan sebab semua ayu comel belaka!
Don’t worry, next year kita cuba lagi walaupun tau akan ada perasaan rela paksa lagi, hahaha!
Okayla awak semua, nothing much from me. Gatal tangan nak menaip sebenarnya kot. Haa, atas tu saya belanja gambar-gambar masa pertandingan haritu. Please jangan hina! Muka semak samun, selekeh semula jadi sejak azali! Syukur! Hahaha.
Thanks for reading guys, panjang umur jumpa lagi! InsyaAllah, Good Bye and Assalamualaikum J

First Hello ❀


Hi Assalamualaikum . . . . .
Ish lamanya tak mengarang panjang lebar gini. Kalau dulu wajib hari-hari buka blogsite. Ada je benda nak diceritanya, sehari kalau tak tengok blogsite walaupun tak update tak lengkap rasa hidup ni tau. Eh kononnn!
Please don’t ask me why? But seriously, rindunya nak berblog. Dan oleh kerana itulah bukan main gatal tangan ni sign up new account for myself! Yeayyyy
So lepas ni wajib la merajinkan diri buka laptop mengadap 2 3 jam sebab update segala cerita (unpersonally) dan harapnya bukan hangat-hangat taik ayam la yer Noraliza. Nanti baru dua tiga kali menaip dah bosan. Almaklumlah, kat tempat kerja mengadap benda ni. Kat rumah pun sama? Well, minat dan hobi. Siapa peduli?
Bila dah lama tak mengarang ni mula la mati akal, kekok jari nak menaip. Ish tadi bukan main panjang kepala otak ni memikir. Sekarang? Sepiii ~
Eh kenapa lupa adab ni Noraliza! Mana tatacara ajaran ibubapamu haaaa? Cuba la perkenalkan diri dulu. Kau fikir kau hot semua orang nak kenal? Semua orang tau sekali buka blogsite kau? Oh please laaaa, Zzzzz!
Okay fine, let me introduce  myself ye. Nama saya Noraliza Binti Ahmad. So you can call me Liza or whatever as long as it’ll be nice. Umur? Guess what? Zzzzz! Twenty plus plus hahahahaha! Eh skema bukan main kan? Okay la tu, kalau aku buat biodata baru tau. Tolong belajar bersyukur ye J
Anak kelahiran Perak dan telah berpindah randah kemerata negeri dek kerana kerjaya seorang bapa. Acewah! Kemain kau haaaaa. Tapi sekarang menetap di Pulau Pinang dek kerana kerjaya jugak Zzzzz! Kampung? Entahla. Susah nak explain! Kampung Abah Pulau Pinang, Mak pulak Perak. Tapi dua-dua menetap dekat Langkawi? Ate macam mana? Hahahahahaha!
Eh sudahla. Bukan main panjang lagi nak menaip kan? Gila keyboard? Kikiki!
Rasanya sampai sini je kot for my first entry yang tak seberapa dan sangat banyak kurangnya. Maafkanlah ye. Kepada yang sudi membaca terima kasih dan kepada yang membaca sambil mengherdik pun terima kasih jugak (awak tak dijemput kesini pun) lalalalalala ~
InsyaAllah panjang umur jumpa lagi! Good bye and Assalamualaikum :)